COVER UNTUK CDI KAMI
Monday, 9 December 2013
Friday, 6 December 2013
OUR STORYBOARD (IN PROGRESS)
Kami telah menghasilkan papan cerita berdasarkan projek HIDS.
1) Flow chart
2) Menu
3) Admin
4)Isi kandungan
5) Pengenalan
6) Pemimpin Terlibat
7) Ciri-ciri
8)Sebab penubuhan
9) Tugas anggota
10) Kepentingan
11) Pergekan grafik
Tuesday, 3 December 2013
PROSES PELAKSANAAN DAN KEPENTINGAN SISTEM AHLI
Sistem Ahli
► Apakah
yang dimaksudkan Sistem Ahli.
- Merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum
lain menerajui pentadbiran
Tanah Melayu.
► Namakan
negara yang menjadi model British pembentukan Sistem Ahli.
1. Kenya 2. Rhodesia Utara
► Apakah
tujuan British memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu.
1. British berhasrat untu menjalankan dasar
dekolonisasi untuk memberi kemerdekaan kepada
penduduk di Tanah Melayu.
2. Mengurangkan tekanan daripada pihak Parti komunis
Malaya mempengaruhi penduduk.
► Senaraikan
tokoh-tokoh tempatan yang terlibat dengan pihak British membentuk
Sistem Ahli.
1. Dato’ Onn Jaafar. 2. Dato’ Hamzah Abdullah 3.
Raja Uda
4. Dato’ Nik Ahmed Kamil 5. Dato’ E.E.C Thuraisingam 6.
En. Yong Shook Lin
7. Dr.Lee Tian Ken
1. Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada
beberapa orang pegawai tadbir dan
tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk.
2. Anggota Sistem Ahli dikenal sebagai Ahli.Contohnya,
Ahli Hal Ehwal dalam Negeri.
3. Perlantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi
British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja
Melayu.
4. Ahlinya terdiri daripada sembilan orang
anggota,iaitu, tiga daripadanya merupakan orang
Melayu,orang Cina dan orang India dan Empat orang pegawai
Inggeris.
5. Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya
Tinggi British.
► Senaraikan
nama ahli dan portfolio Sistem Ahli peringkat awal dalam Persekutuan
Tanah Melayu.
Nama Portfolio
Dato’ Onn Jaafar Ahli dalam Negeri
O.A Spencer Ahli Ekonomi
Tunku Yaakob Ahli Pertanian dan Perhutanan
Dr Lee Tiang Keng Ahli Kesihatan
Dato’E.E.C Thuraisingam Ahli Pelajaran
J.D Hodgkinson Ahli Perindustrian dan Hubungan Sosial
J.D Mead Ahli Perumahan dan Kerja Raya
Dato’ Mahmud Mat Ahli Tanah,perlombongan dan
Perhubungan.
► Senaraikan
tanggungjawab setiap anggota dalam Sistem Ahli
1. Ahli yang dilantik diberikan tugas menjaga satu
portfolio yang mengandungi beberapa buah
jabatan kerajaan.
2. Menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut
mengikut dasar-dasar yang sedia ada.
3. Mereka juga bertanggungjawab mencadangkan
undang-undang yang berkaitan dengan
jabatannya untuk dibentangkan dalam Majlis Perundangan
Persekutuan.
4. Ahli akan berbincang dengan pegawai-pegawai kanan
British untuk mendapatkan
persetujuan bersama undang-undang yang dicadangkan.
5. Pesuruhjaya Tinggi British memberikan arahan dan
persetujuan dalam perkara tersebut dan
selalunya cadangan undang-undang itu merupakan pendirian
pentadbiran British.
► Bincangkan
kepentingan Sistem Ahli kepada pentadbiran negara.
1. Sistem ahli merupakan tapak asas untuk melatih orang
tempatan ke arah berkerajaan sendiri.
2 Sistem ahli juga memulakan proses perpaduan kaum
kerana ahli-ahlinya merupakan
gabungan pemimpin daripada pelbagai kaum di Tanah Melayu.
3. Menentukan kemerdekaan mendapat sokongan seluruh
penduduk Persekutuan Tanah
Melayu.
4. Memberikan pendedahan yang baik kepada penduduk
tempatan untuk mentadbir dan
menerajui kerajaan walaupun masih dikuasai oleh British.
Subscribe to:
Posts (Atom)