Tuesday 3 December 2013

PROSES PELAKSANAAN DAN KEPENTINGAN SISTEM AHLI


Sistem Ahli
 Apakah yang dimaksudkan Sistem Ahli.
- Merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran
Tanah Melayu.
 Namakan negara yang menjadi model British pembentukan Sistem Ahli.
1. Kenya 2. Rhodesia Utara
 Apakah tujuan British memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu.
1. British berhasrat untu menjalankan dasar dekolonisasi untuk memberi kemerdekaan kepada
penduduk di Tanah Melayu.
2. Mengurangkan tekanan daripada pihak Parti komunis Malaya mempengaruhi penduduk.
 Senaraikan tokoh-tokoh tempatan yang terlibat dengan pihak British membentuk
Sistem Ahli.
1. Dato’ Onn Jaafar. 2. Dato’ Hamzah Abdullah 3. Raja Uda
4. Dato’ Nik Ahmed Kamil 5. Dato’ E.E.C Thuraisingam 6. En. Yong Shook Lin
7. Dr.Lee Tian Ken



                                                                                                                                                           



         












 Terangkan ciri-ciri Sistem Ahli.


1. Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan
tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk.
2. Anggota Sistem Ahli dikenal sebagai Ahli.Contohnya, Ahli Hal Ehwal dalam Negeri.
3. Perlantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja
Melayu.
4. Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota,iaitu, tiga daripadanya merupakan orang
Melayu,orang Cina dan orang India dan Empat orang pegawai Inggeris.
5. Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
 Senaraikan nama ahli dan portfolio Sistem Ahli peringkat awal dalam Persekutuan
Tanah Melayu.
Nama Portfolio
Dato’ Onn Jaafar Ahli dalam Negeri
O.A Spencer Ahli Ekonomi
Tunku Yaakob Ahli Pertanian dan Perhutanan
Dr Lee Tiang Keng Ahli Kesihatan
Dato’E.E.C Thuraisingam Ahli Pelajaran
J.D Hodgkinson Ahli Perindustrian dan Hubungan Sosial
J.D Mead Ahli Perumahan dan Kerja Raya
Dato’ Mahmud Mat Ahli Tanah,perlombongan dan Perhubungan.
 Senaraikan tanggungjawab setiap anggota dalam Sistem Ahli
1. Ahli yang dilantik diberikan tugas menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa buah
jabatan kerajaan.
2. Menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut mengikut dasar-dasar yang sedia ada.
3. Mereka juga bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan
jabatannya untuk dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan.
4. Ahli akan berbincang dengan pegawai-pegawai kanan British untuk mendapatkan
persetujuan bersama undang-undang yang dicadangkan.
5. Pesuruhjaya Tinggi British memberikan arahan dan persetujuan dalam perkara tersebut dan
selalunya cadangan undang-undang itu merupakan pendirian pentadbiran British.
 Bincangkan kepentingan Sistem Ahli kepada pentadbiran negara.
1. Sistem ahli merupakan tapak asas untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri.
2 Sistem ahli juga memulakan proses perpaduan kaum kerana ahli-ahlinya merupakan
gabungan pemimpin daripada pelbagai kaum di Tanah Melayu.
3. Menentukan kemerdekaan mendapat sokongan seluruh penduduk Persekutuan Tanah
Melayu.
4. Memberikan pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan untuk mentadbir dan
menerajui kerajaan walaupun masih dikuasai oleh British.

3 comments: